9.4.08

RISIK


Ramai orang berpandangan,

Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,

Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,

Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,

Mereka sebenarnya terlepas pandang,

Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh RISIK dan bertunang,

Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,

Taaruf itulah mendedahkan keserasian,

Cuma takrif ‘taaruf’ dan ‘serasi’ dalam fikiran manusia berlainan,

Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,

Terpelihara dan terjaga dri kemaksiatan,

Bukan taaruf melalui bercinta sakan,

Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,

Bukan serasi dengan kehendak pasangan,

Cinta Al Rahman menjana kebahagiaan,

Lantaran itulah,

Batasan-Nya tidak boleh dipermainkan…

27.3.08

Panduan Menulis Surat Cinta


Ukhti fi al-Islam...

Ana doakan agar helaian ini jauh dari fitnah syaitan laknatullah apatah lagi dari murka Allah S.W.T. Walaupun terlalu berat rasa hati untuk menulis surat ini namun ana yakin bahawa ana telah digagahi oleh Allah S.W.T jua untuk melakukannya setelah ana istikharah beberapa kali. (Astaghfirullah…moga ianya bukan riya’ ) Ana tidak berniat memanjangkan kalam, biarlah ana terus focus pada apa yang nak ana
sampaikan...

Ukhti...

Ana tidak mampu lagi menanggung resah di hati setelah mengenali keperibadian, agama dan perjuangan ukhti yang memang menepati ciri-ciri wanita idaman setiap mujahidin. Kenapakah terlalu awal perasaan ini hadir dalam hidup ana? Ana takut perasaan ini membuka lembaran baru bagi syaitan untuk melalaikan perjuangan ana dan menjarakkan ana dari mengingati Ar-Rahman. Lantaran itu, ana cuba untuk melupakan perasaan ini buat sementara waktu tapi hati ana terus dirasuk kebimbangan bahawa jika ana tidak berterus-terang, ana akan kecewa nanti. Ana akur bahawa ana tewas pada perasaan sendiri. Akhirnya, ana hadirkan jua surat ini supaya ukhti tahu bahawa setelah habis belajar nanti, ana menanti ukhti untuk dijadikan pembantu perjuangan di sayap kiri. Cukuplah sekadar ukhti tahu.

Ukhti...

Ana harap ukhti takkan membalas surat ini kerana bimbang ianya akan menambahkan noda hitam di hati ana lantaran teringatkan ukhti. Allah lebih berhak untuk kita ingati di usia ini. Perasaan ana terhadap ukhti pun anugerah dari Allah S.W.T jua. Jesteru, wajarlah ana memelihara batasan yang Dia gariskan. Doakan agar ana tidak meletakkan cinta ana kepada ukhti mengatasi cinta kepada-Nya. Dan ana nasihatkan kepada ukhti seendiri tidak perlu terlalu memikirkan hal ini. Masih banyak perkara lain lagi yang perlu ukhti fikirkan terutamanya amanah kita sebagai penerus manhaj tarbiyyah di bumi Allah ini.

Ukhti...

Ana harap ukhti jelas bahawa kehadiran surat ana ini sekadar untuk memberitahu hasrat ana terhadap ukhti selepas habis belajar nanti. Ana tetap berpegang pada prisip bahawa perasaan cinta terhadap seseorang tetap tak menghalalkan ana untuk mengetepikan Allah S.W.T dalam setiap tindakan sepanjang tempoh belajar ini. Ana juga langsung tak berniat untuk memaksa ukhti menerima ana. Terserahlah kepada ukhti sendir. Kalaulah ukhti memang diciptakan untuk ana, ana serahkan ukhti dalam jagaan Allah S.W.T. moga Allah jua yang akan mempermudahkan jodoh pertemuan dengan ukhti nanti. Walaubagaimanapun, put your trust in Allah. Ana redha pada ketetapan Allah yang bakal kita hadapi. Dialah sebaik-baik Perancang.

Yang Benar :
Pengemis Cinta Ilahi…

p/s :nantikan balasan surat ini pada episod akan datang...

Doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepada-Mu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan, berilah kami ketaatan kepada-Mu yang menyampaikan kami ke syurga-Mu, dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia ini."

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami, jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam agama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar cita-cita kami yaan tidak sampai batasan ilmu kami. Janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian-Mu, berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal-Mu, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik."

"Wahai Tuhan kami, Engkaulah penolong kami, maka kepada Engkau kami mohon pertolongan"

"Wahai Tuhan kami, Engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami mohon selamat.

"Wahai Tuhan, bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksa-Mu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada Tuhan bagi kami melainkan Engkau demi kebesaran wajah-Mu dan kemuliaan kesucian-Mu, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba-Mu, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari-Mu wahai Tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan, sama ada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana Kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti kamu tundukkan bukit-bukau, gunung-ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka.

"Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluk-Nya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah ya Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan dan menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

"Ya Allah Ya Tuhan kami, kami tak berdaya lagi untuk menjaga agama-MU di Kelantan (Trengganu) kerana amat kuat serangan yang datang dari pelbagai cara. Oleh itu kami minta kepada-MU pertahankan agama-MU sebagaimana ENGKAU mempertahankan rumah-MU dari serangan tentera abrahah.

"Amin Ya Rabbal Alamin"